Assalamualaikum, hai semua. Kali nie Kak Sue nak kongsi Ferra & Meora Kediaman Terbaru di Eka Heights pula dengan korang. Sebelum nie pun ada Kak Sue kongsikan dah perumahan oleh Matrix Concept nie kan. Tapi kali nie ada kediaman yang paling terbaru lagi di Eka Height tau. Jom Kak Sue kongsi kat bawah nie jom..
Ferra & Meora Kediaman Terbaru di Eka Heights
Sebelum Kak Sue nak bercerita lebih lagi tentang Ferra & Meora kediaman terbaru di Eka Heights nie, Kak Sue nak kongsi lah sikit info dengan korang semua. Eka Heights nie ada lah perumahan milik Matrix Concept Sdn Bhd yang menyediakan rekabentuk kediaman yang cukup bergaya, moden dan selesa.
Dan yang menariknya perumahan kat sini nie ia menggabungkan ketenangan, kehidupan moden dan pelbagai kemudahan. Tu yang menjadikan Eka Heights nie kediaman yang sempurna untuk korang yang sedang plan nak beli atau tercari-cari rumah yang sesuai untuk korang sekeluarga..
Dengan persekitaran di Eka Heights nie, cuba korang bayangkan, bila bangun setiap hari di rumah korang dalam persekitaran yang tenang, hijau dengan alam semulajadi dan ada pelbagai kemudahan yang moden berada disekeliling korang. Best sangat kan..
Dengan keluasan lebih dari 371 ekar hartanah utama di Seremban West dan merupakan perkembangan utama di Malaysia Vision Valley 2.0 (MVV), Eka Heights adalah sebuah projek yang bercita-cita tinggi untuk memperluaskan kawasan Greater Kuala Lumpur
Selain tu, Eka Heights juga telah membuktikan daya tarikannya dengan kejayaan pelancaran Presint 3 dan Presint 10, menampilkan rumah teres setingakt dan dua tingkat. Dengan sambutan cemerlang dan membawa kepada penjualan cepat, yang membuatkan kemahuan pembeli rumah untuk mencari kediaman yang ada keselesaan, kemudahan dan pembangunan di kawasan tersebut.
Tentang Eka Heights
Sebanyak 371.79 ekar tanah yang dibangunkan untuk projek bandar terancang Eka Heights terbaru ini tau. Dengan 3,620 unit kediaman yang ditawarkan dengan pelbagai susun atur bagi memastikan sesuatu yang menarik untuk gaya hidup dan saiz keluarga di kediaman terbaru nie.
Ada juga disediakan 25 unit komersial untuk kemudahan depan pintu untuk korang yang beli rumah kat sini nanti dengan perkhidmatan penting dan kedai runcit. Selain tu sebanyak 15.5-hektar Mageka Park, iaitu sebuah pusat komuniti yang menawarkan ruang hijau yang subur untuk bersantai, rekreasi, dan bersosial.
Keselamatan adalah keutamaan di Eka Heights. Perimeter Pagar dan Pondok yang ditempatkan secara strategik Pondok Rukun Tetangga memastikan penduduk menikmati ketenangan fikiran, mewujudkan persekitaran yang selamat untuk korang sekeluarga. Terletak di Malaysia Vision Valley, pembangunan ini dikelilingi oleh kawasan kejiranan yang sang sangat baik.
Lebuh raya utama seperti Lebuhraya Utara-Selatan dan hubungan KLIA memudahkan korang untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan destinasi penting lain. Tak kisah kalau korang nak kena tempat kerja atau ke bandar berdekatan, Eka Heights berada berdekatan dengan semuanya.
Bestnya lagi ada Mageka Park yang berdekatan terletak di tengah-tengah Eka Heights sebuah oasis hijau 15.5 ekar yang direka untuk memupuk kehidupan bermasyarakat. Ia lebih daripada sekadar taman-di mana penduduk berkumpul untuk berehat, bermain, dan membina hubungan sesama komuniti.
Seterusnya, ada juga disediakan tasik 8 ekar, sesuai untuk korang berjalan-jalan malam atau berkelah bersama keluarga tersayang. Dan ada juga disediakan kawasan bermain seperti swing gergasi, sangkar rumah pokok, dan slaid arca arnab, yang sesuai untuk anak-anak beridah petang atau hujung minggu
Ada juga Plaza Sundial, yang menawarkan tempat yang menarik untuk korang bertemu rakan-rakan atau menikmati perhimpunan keluarga. Akhir sekali tak lupa juga kemudahan rekreasi yang menggalakkan gaya hidup yang aktif, samada berbasikal atau berjoging.
Dua fasa baru yang dah dilancarkan untuk pilihan korang di Eka Heights macam Kak Sue bagi tau kat atas tadi ialah Ferra Percint 8A dan Meora Precint 4.
Ferra Precint 8A - Eka Heights
Ferra ialah Lambang Kehidupan Kontemporari pada harga pinjaman pinjaman bermula dari RM476,999* dengan keluasan pelan 20’ x 70’ / 2,142 kaki persegi, dengan 4 Bilik Tidur & 3 Bilik Air.
Merupakan unit rumah Customizable Homes atau Rumah mengikut kesesuaian pembeli dengan menampilkan konsep Open Layout atau plan ruang lantai terbuka. Dengan sistem Rumah Pintar dengan kemudahan digital dan moden. Yang bestnya lagi keahlian percuma untuk Clubhouse.
Meora Precint 4 - Eka Heights
Meora yang bertemakan kehidupan moden bersama alam semulajadi pada harga pinjaman bermula dari RM574,999* dengan keluasan pelan lantai 22’ x 70’ / 2,245 kaki persegi di lengkapi 4 Bilik Tidur dan 4 Bilik Air.
Ia juga adalah Unit Pegangan Bebas /Freehold dengan rekabentuk dalaman yang luas dan menepati fungsi setiap ruang. Juga dilengkapi Sistem Rumah Pintar dan merangkumi kemudahan komuniti secara eksklusif.
Haa.. menarik sangat kan. Memang berbaloi kalau ada rezeki dapat beli rumah kat sini. Bukan setakat untuk dijadikan rumah kediaman untuk sekeluarga tapi dikelilingi serba lengkap dengan semua kemudahan berdekatan dengan kawasan kediaman.
Ferra - Eka Heights
Korang yang mana berminat atau nak tau lebih lanjut boleh lah whatsapp kat nombor nie Matrix Whatsapp Bussines Account
11 Comments
Best tu kawasan luas ada tempat rekreasi sekali. Sesuai untuk yang berkeluarga.
ReplyDeletecantiknya tempat... tenang n nyaman je
ReplyDeleteLengkap semua kat sini. Ada taman dan tasik lagi
ReplyDeleteCantik sangat kawasan disini
ReplyDeleteCantiknya kawasan perumahan ni. Berbaloi kalau beli umah kat sini 🤗
ReplyDeleteFerra tu cam sesuai je untuk I. Tawaran dia pun menarik dan kemudahan dia memang terbaik.
ReplyDeleteFerra tu cam sesuai je untuk I. Tawaran dia pun menarik dan kemudahan dia memang terbaik.
ReplyDeleteSue lanskap kat sini memang cantik sangat kan, bertema Magika adoi impian sangat nih :)
ReplyDeleteModen, luas , bersahabat dengan alam semulajadi dan lengkap pulak dengan Sistem Rumah Pintar. Siapa yang tak nak, kan? Jom kak.... kita sama-sama capai impian rumah idaman di Eka Heights!
ReplyDeleteSally kan suka sgt dgn kediaman yg macam byk facilities...dia bukan semata rumah je...kalau la Eka Heights ni dekat Ampang...
ReplyDeleteSally kan suka sgt dgn kediaman yg macam byk facilities...dia bukan semata rumah je...
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️