Assalamualaikum, hai semua. Macam biasa setiap tahun bila tiba ja tarikh yang sama Kak Sue mesti nak juga menulis kat sini. Simpan sini untuk kenang-kenangan kan. Tahun nie dah masuk 26 tahun dah usia perkahwinan Kak Sue. Happy Annivesary Sayangku.. semoga kita sentiasa saling mendoakan dan sentiasa berkasih sayang hingga ke syurga nanti.. Aamiin Ya Mujib..
Happy Anniversary Sayangku |
Happy Anniversary Sayangku
Bila dah makin meningkat umur nie dah tak kisah sangat dah pasal sambutan beria. Tapi tetap lah sambut dengan saling wish macam selalu. Tetap lah ingat tarikh tu, dan anggap antara hari yang istimewa dalam hidup Kak Sue dan Abang Man..
Happy Anniversary Sayangku |
Walaupun umur semakin meningkat tetap lah kita cari masa untuk luangkan masa bersama. Sesekali luangkan masa bersama-sama berdua, pergi dating ke, shopping ke, atau jalan-jalan berdua. Macam sekarang nie Kak Sue banyak ikut Abang Man pergi ride. Seronok dapat habiskan masa sama-sama..
Tahun nie Kak Sue beli hadiah untuk diri sendiri aja dulu. Untuk Abang Man Kak Sue belum beli lagi.. hihihi. Susah lah Abang Man tu, tak tau apa yang Abang Man nak. Nanti lah kalau ada apa-apa yang Abang Man berkenan nanti boleh lah terus beli. Senang macan tu..
Happy Anniversary Sayangku |
Tahun nie masuk tahun ke 6, kami sekeluarga lalui ujian yang datang beberapa hari selepas hari anniversary Kak Sue dan Man. Jadi bila tiba ja tarikh annivesary perasaan bercampur baur. Apapun semoga Allah lembutkan dan redhakan hati Kak Sue atas semua ujian yang kami lalui sebelum nie. Hidup tetap perlu diteruskan..
Akhir sekali, sekali lagi Kak Sue nak ucapkan Happy Annivesary Sayangku. Terima kasih atas semuanya. Semoga keluarga kita sentiasa dalam rahmat kasih Allah, berbahagia dunia akhirat. Aamiin Ya Mujib. Me love you so much Yang..
Jemput baca juga Anniversary Kak Sue 2023
1 Comments
Tahniah
ReplyDeleteEppi annibersari
Terima kasih sudi singgah dan komen, InsyaAllah nanti Kak Sue balas kunjungan semula ❤️